Saturday, July 23, 2011

Mukadimah forum : "NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata"


Mukadimah forum :
"NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata"
Sempena ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Sahabat SUARAM Johor


Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organizations, NGOs), adalah relatif dengan konsep kerajaan atau badan kerajaan dan dikenali sebagai "pertubuhan masyarakat" secara umum. Pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan oleh rakyat mengikut keperluan dan keinginan sendiri, terutamanya merujuk kepada badan saling membantu, badan kebajikan, badan perhubungan, kelab sosial, badan sukan dan budaya dan sebagainya yang ditubuhkan oleh pelbagai kaum, di mana pertubuhan masyarakat Cina adalah antara yang paling menonjol. Sejak 1980-an, sesetengah pertubuhan masyarakat madani yang baru mula wujud dimangkin oleh perkembangan pesat NGO secara global dan juga perubahan semasa politik dan sosio-ekonomi dalam negera sejak kemerdekaan. Antaranya termasuk persatuan konsumer, badan perlindungan alam sekitar, pertubuhan hak asasi manusia, pertubuhan feminis/wanita, pertubuhan kebudayaan dan pendidikan, pertubuhan orang asli, pertubuhan rakyat tertindas dan lain-lain. Pertubuhan-pertubuhan ini ditubuh dan berkembang untuk melindungi hak asasi rakyat. Badan–badan baru ini berjaya membina imej yang jelas yang patut dimiliki oleh NGO.  

Sebelum pilihanraya 308,  Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menguasai kerajaan persekutuan, tetapi turut memerintah di 12 kerajaan negeri. Di bawah pemerintahan BN, puak hegemoni UMNO melaksanakan pelbagai dasar diskriminasi dan penindasan kaum secara berleluasa, kroni-kroni menguasai sumber-sumber negara dan memerah rakyat,  elit politiko kaya-raya manakala rakyat hidup melarat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah pula semakin berleluasa. Maka, sejak kemerdekaan lagi NGO telah mengambil pendirian dan posisi bertentangan dengan pemerintahan hegemoni UMNO tanpa ragu-ragu. Biasanya NGO akan seiring dengan parti pembangkang yang pro-rakyat untuk bersama-sama menentang "Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)" dan undang-undang zalim lain yang bersifat menindas, menentang pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN yang mengabaikan kepentingan rakyat seperti kenaikan harga petrol, penyalahgunaan kuasa PDRM, penswastaan ​​perkhidmatan perubatan, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, meminta kembalikan pilihanraya majlis tempatan dan lain-lain. 

Selepas pilihanraya 308, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti pembangkang  utama iaitu Parti Tindakan Demokratik(DAP), Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan Parti Islam SeMalaysia(PAS) telah berjaya memperolehi kuasa pemerintahan bagi 5 Negeri. Maka, ketiga-tiga parti ini kini menjadi parti pemerintah dalam Negeri tersebut dan berkedudukan dan berpendirian sebagai kerajaan. Samaada mereka bertindak bertentangan dengan rakyat ataupun berdampingan dengan rakyat, dasar mereka terhadap NGO dan bagaimana mereka pertimbangkan kepentingan rakyat menjadi garis ukur utama. Dengan kuasa yang ada pada kerajaan negeri, samaada Pakatan Rakyat akan memansuhkan dasar-dasar diskriminasi yang wujud dalam bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan, agama dan lain-lain, dan juga samaada mereka akan menunaikan hasrat rakyat untuk memulihkan pilihanraya majlis tempatan, merupakan cabaran terbesar pendirian Pakatan Rakyat dalam berdepan dengan NGO dan kepentingan asas rakyat. Selepas menjadi kerajaan negeri, Pakatan Rakyat juga telah menyerap ramai akivis yang memegang jawatan penting di NGO, maka ia bukan sahaja telah melemahkan kekuatan NGO, tetapi juga menyebabkan kedudukan dan hubungan antara NGO dengan kerajaan negeri (atau pertubuhan kerajaan negeri) menjadi kabur. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita membincangkan dan meneliti peranan dan kedudukan NGO.

Pada 9hb Julai 2011, Bersih 2.0 yang terdiri daripada 62 NGO telah menganjurkan dan mengetuai “perhimpunan besar-besaran dan perarakan demokrasi 709” bagi menuntut refomasi sistem pilihanraya di Malaysia dan memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih. Tetapi, kerajaan BN yang diketuai oleh Najib bukan sahaja tidak mengendahkan tuntutan Bersih 2.0 yang munasabah dan sah disisi undang-undang, yang mewakili kepentingan dan aspirasi rakyat jelata, malah sanggup mengenakan tindakan represif terhadap perhimpunan tersebut. Tindakan keras ini telah mendorong 50 ribu rakyat turun menyertai demostrasi dan perarakan tersebut. “Demostrasi dan perarakan 709” merupakan perjuangan massa yang ulung kalinya benar-benar disertai rakyat berbilang kaum. Perjuangan massa kali ini telah mengesahkan kedudukan penting NGO yang berpendirian tegas, kukuh dan benar-benar mewakili kepentingan rakyat di dalam gerakan sosial.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) merupakan pertubuhan hak asasi manusia nasional. Ia merupakan NGO yang bebas, berotonomi dan bukan dibawah naungan mana-mana parti politik. SUARAM bersedia melibatkan diri, mengkaji atau mengkritik segala isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. SUARAM juga memberi perhatian kepada segala isu berkaitan hak dan kepentingan rakyat dalam bidang politik, pendidikan, ekonomi mahupun kebudayaan.  SUARAM juga memberi komitmen akan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi yang berjuang untuk memelihara hak asasi manusia. SUARAM tidak kedekut untuk mengutarakan pandangan serta kritikan terhadap mana-mana individu ataupun pertubuhan yang tidak menghormati atau menindas hak asasi manusia. Kami, Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor (Friends of SUARAM (FOS) Working Committee, Johore), merupakan pertubuhan akar umbi SUARAM di Negeri Johor. Bagi membantah hegemoni UMNO dan fahaman perkauman dengan lebih efektif, kami, bekas ahli Partai Buruh Malaya, bekas tahanan politik, bekas aktivis kesatuan sekerja, aktivis pendidikan bahasa ibunda mandarin, demokrat, dan mahasiswa-mahasiswi telah bersama-sama menubuhkan FOS Johor pada 9hb September 2001. Tahun ini, genap 10 tahun sejarah dan perjalanan kami.

Sempena ulang tahun ke-10 FOS Johor, kami akan menganjurkan forum untuk membincangkan peranan dan posisi NGO di Malaysia kini dan masa depan di samping mengadakan jamuan makan. Kami akan mengundang 3 pemimpin atau bekas pemimpin NGO yang berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam usaha memajukan gerakan hak asasi manusia dan demokrasi negara kita, untuk berucap, menyediakan kertas pembentangan dan menjawab soalan para hadirin dalam forum yang bertema “NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata”. Forum akan diadakan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin (mengikut keselesaan para panel). Ringkasan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin disediakan. Jamuan makan akan diadakan selepas forum. Butiran aktiviti seperti di bawah :

Tarikh :            11hb September 2011 (Ahad)
Masa :              2.00ptg ~6.30ptg
                        (forum – 2.00ptg ~ 5.00ptg)
                        (jamuan makan – 5.00ptg ~ 6.30ptg)
Tempat :          Sport Club Taman Universiti, Skudai
Kupon :           RM35.00 (masuk dengan kupon, duduk ikut numbor)
                       (V.I.P seat RM1000 sebuah meja)

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada rakyat palbagai kaum dan lapisan yang mengambil berat tentang perkembangan politik Negara. Sebarang persoalan, sila hubungi Fang Pei Fen (016-7782707).


Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negari Johor
23 Julai 2011

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)