Tuesday, January 31, 2012

Hentikan Penindasan Terhadap Orang Asal; Suara Orang Asal Perlu Diterima dan Diambil Berat

Hentikan Penindasan Terhadap Orang Asal;
Suara Orang Asal Perlu Diterima dan Diambil Berat

Kenyataan  Akhbar :   31 Januari 2012

SUARAM mengutuk tindakan polis yang menangkap 13 orang aktivis dan seorang peguam hak asasi manusia iaitu Siti Kasim apabila orang asli Temiar membuat bantahan untuk tidak membenarkan pembalak memasuki kampung mereka yang terletak di Gua Musang pada 28hb Januari 2012.

Sudah berkali-kali polis menjadi alat kepada syarikat besar atau kapitalis untuk menindas sesiapa yang ingin menghalang projek yang menguntungkan mereka dengan menangkap orang yang mempertahankan kampung halaman mereka. Kejadian ini pernah berlaku di Kampung Rawang, Selangor, kampung DBI Buntung, Perak, Kampung Sungai Palas di Cameron Highlands dan penduduk anti Lynas di Kuantan, Pahang pada tahun lepas. Artikel ke-9 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat telah menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh ditangkap sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah.

SUARAM sebagai badan hak asasi manusia telah memantau banyak kes penindasan hak orang asal. Paling ketara adalah tanah rizab mereka diambil alih akibat kerjasama antara syarikat besar dengan kerajaan negeri. Antara isu masalah tanah rizab orang asal dan peneroka bandar  adalah seperti proses pembalakan yang dijalankan di Ulu Baram, Apoh Tutoh dan Ulu Limbang di Sarawak pada tahun 1987  dan empangan Bakun pada tahun 1995. Projek Teluk Danga di muara sungai Skudai, Johor yang menjejaskan kehidupan orang Seletar (1996), Pembalakan di Keningau, Sabah (2000) dan pembinaan Kilang kertas dan Pulpa di Kalabakan,Tawau, Sabah (2000) dan projek empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru (2000)1.  

Deklarasi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Dalam Hak Orang-orang Asal (2007)2, Artikel ke-10 telah menyatakan bahawa orang asal tidak boleh dipaksa pindah daripada tanah rizab mereka sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat orang asal. Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan hak-hak orang asal dijamin dan sentiasa dilindungi.

Kami mendesak kerajaan negeri Kelantan untuk berunding dengan penduduk orang Temiar dan mengambil tindakan segera untuk menghalang syarikat pembalakan menjalankan proses pembalakan di kawasan tersebut. Deklarasi PBB Dalam Hak-hak orang orang Asal artikel ke-8 (2) telah menyatakan bahawa adalah tanggungjawab kerajaan untuk memelihara tanah rizab dan budaya serta etnik orang asal.

Tambahan, kami mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memastikan hak-hak orang asal dijamin termasuk hak berpendidikan, hak memiliki tanah rizab dan memiliki budaya dan adat resam sendiri dengan tidak membenarkan syarikat kapitalis merampas tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Sekali lagi, pihak polis perlu berhenti untuk menjadi alat syarikat multinasional dengan menindas rakyat terutamanya masyarakat orang asal.



Yap Heng Lung
Penyelaras SUARAM

1<Rakyat Dulu Untung Kemudian-Hak komuniti-komuniti Malaysia Dalam Pembangunan>/SIRD&SUARAM(2003)
2<Declaration on the Rights of Indigenous Peoples>/ http://untreaty.un.org/cod/avl/ha/ga_61-295/ga_61-295.html

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)