Sunday, June 17, 2012

Pekerja dan Kesatuan Sekerja

Pekerja dan Kesatuan Sekerja

oleh Mohd Salleh Hj Ahmad


[Nota Editor : Artikel ini merupakan teks ucapan En. Mohd Salleh Hj Ahmad, selaku Setiausaha Eksekutif/Penyelaras Kesatuan Sekerja Elektronik (Wilayah Selatan) pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Sedunia 2012 bertema "Pekerja Berganding, Masa Depan Terjamin!" anjuran 8 badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Johor iaitu Pusat Pembangunan Budaya Lim Lian Geok (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru), Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor, Persahabatan Semparuthi, IKRAM Johor, HINDRAF Makkal Sakti Johor, Persatuan Ulama Malaysia (Johor), Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Negeri Johor pada 6 Mei 2012 di Auditorium Tingkat 5, bangunan JOTIC, JB. ]

Sejarah Kesatuan

Kaum pekerja di seluruh dunia tidak akan menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun jika tidak berlaku peristiws dimana lebih 400,000 kaum pekerja dari seluruh Amerika melakukan tindakan demostrasi pada tahun 1886 bagi menuntut waktu kerja tetap 8 jam sehari. Demostrasi berlangsung selama 4 hari dan selepas itu barulah 8 jam sehari ditetapkan sebagai waktu kerja biasa dan akhirnya 1 mei diiktiraf seluruh dunia sebagai Hari Pekerja. Malaysia hanya mengiktiraf hari pekerja sebagai cuti umum pada tahun 1980.

Apa yang ingin dijelaskan, bukan saja peristiwa bermulanya 1 mei serta penetapan 8 jam waktu kerja tetap yang telah diperjuangkan oleh kaum pekerja ketika itu, tapi yang pentingnya adalah perlunya pekerja berganding bahu, bersatu untuk bersama-sama berdiri memperjuangkan hak yang harus diterima oleh kaum pekerja sebagaimana yang dilakukan oleh kaum pekerja terdahulu.

Bagaimana konsep berganding bahu dan bersatu dapat dilaksanakan bagi kaum pekerja ? Tiada cara lain, melainkan melalui Kesatuan Sekerja. Tapi apa yang jelas dari anggaran 8 juta pekerja di Malaysia, hanya sekitar 8% saja pekerja yang menyertai Kesatuan. Ini dapat dinilai sejauh mana kekuatan pergerakan Kesatuan di Malaysia.

Inilah yang dikehendaki oleh kaum modal serta pihak penguasa di Malaysia. Konsep pecah perintah warisan penjajah masih diamalkan, berbagai Undang-undang diwujudkan bagi mengekang kekuatan kaum pekerja melalui Kesatuan.

Sebenarnya di negara kita, Kesatuan Sekerja bukan lah sesuatu yang baru. Sejak 1894 lagi telah wujud kesatuan sekerja di Pulau Pinang, yaitu sebuah kesatuan yang dinamakan Kesatuan Kapitan Melayu Pulau pinang. Sementara Kesatuan sekerja bertaraf Nasional yang pertama ditubuhkan pada tahun 1946 adalah PAN MALAYAN GENERAL UNION & PAN MALAYAN FEDERATION OF TRADE UNION, yang merupakan sebuah kesatuan Sekerja yang cukup berpengaruh dan digeruni pihak penjajah.

Untuk melemahkan pergerakan kedua-dua kesatuan itu, maka penjajah telah menubuhkan sebuah kesatuan Gabungan yang bernama MTUC pada 1949. Tidak cukup dengan itu, penjajah juga telah secara terancang melakukan pembunuhan terhadap Presiden PAN MALAYAN FEDERATION OF TRADE UNION, Ganapathy dan Vice Presiden Veerasenam.

Bagi mengawal sepenuhnya pergerakan Kesatuan Sekerja, pemerintah telah memperkenalkan Akta kesatuan Sekerja 1959. Penubuhan Kesatuan Sekerja perlu berasaskan kepada sektor pekerjaan yang khusus. Ini bermakna setiap pekerja dari jenis sektor pekerjaan seperti industri kain, getah, perkhidmatan, minyak dan sebagainya, harus berada didalam jenis bidang pekerjaannya sendiri jika ingin menjadi ahli kesatuan.

Sektor Industri Elektronik

Bagi sektor elektronik, beberapa percubaan telah dijalankan untuk menubuhkan Kesatuaan Sekerja industri Elektronik bagi industri ini yang mula bertapak sejak awal tahun 70an, namun usaha tersebut gagal kerana pihak yang mengawal penubuhannya menolak dengan berbagai alasan. Pemerintah hanya meluluskan penubuhan kesatuan Sekerja Dalaman, yang jelas gagal berperanan memberi pembelaan serta mendapat taraf hidup yang lebih baik.

Kesatuan sekerja industri elektronik hanya diluluskan penubuhannya pada akhir 2009 dengan syarat ia harus dilaksanakan melalui 4 wilayah yang terdiri dari Timur, Barat, Utara dan Selatan. Ini bermakna generasi pertama pekerja-pekerja telah dinafikan hak mereka untuk berkesatuan.

Berbanding dengan lain-lain pertubuhan yang perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Kesatuan Sekerja diletakkan dibawah pengawasan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, yang mengawal semua perkara berkaitan perjalanan, pelantikan pegawai, mesyuarat agung, perbelanjaan dan sebagainya. Pihak Pemerintah tidak pernah memberikan peruntukkan atau pembiayaan sama ada diperingkat penubuhan atau pentadbirannya. Secara jelas menunjukkan pemerintah tidak menggalakkan kewujudan Kesatuan walaupun peranannya ada menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja-pekerja. Sedang Kaum modal khusus pelabur asing diberi berbagai insentif.


Cabaran Kesatuan di Malaysia

Cabaran yang dihadapi pekerja dan Kesatuan bukan hanya dari majikan tetapi juga pihak pemerintah yang menjadi pelindung kepada kaum modal. Berbagai undang-undang, peraturan yang tidak adil dan tidak memihak kepada pekerja digubal dan diluluskan oleh Parlimen. Ini termasuklah akta kesatuan Sekerja 1959, akta perhubungan Perusahaan 1967 selain pindaan akta kerja 1955 yang merugikan serta menjejaskan masa depan bukan saja kepada pekerja dan kesatuan sekerja tapi kepada rakyat keseluruhannya.

Konsep pecah dan perintah warisan penjajah masih terus diamalkan bagi mengekang kekuatan kesatuan. Penubuhan Kesatuan Sekerja Industri Elektronik mengikut wilayah hanya bertujuan menghalang kesatuan bersifat nasional akan menjadi Kesatuan yang terbesar jika dinilai dari bilangan pekerja-pekerja sektor elektronik yang dianggarkan melebihi 300 ribu diseluruh negara.

Kekuatan sebenar sesuatu kesatuan bukan saja terletak bilangan ahlinya tetapi yang penting adalah kepimpinannya. Dalam masa yang sama kepimpinan kesatuan yang tidak bersatu kerana perbezaan ideologi. #

[Nota editor : Berikut merupakan klip video ucapan En. Mohd Salleh Hj Ahmad dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Sedunia 2012 anjuran bersama 8 NGO Johor pada 6 Mei 2012 di JOTIC, JB yang dipaparkan di laman web CJ.MY (Citizen Journalist Malaysia)]




Artikel berkenaan : Ceramah, Lagu dan Persembahan Sempena Sambutan Hari Pekerja Anjuran 8 NGO Negeri Johor

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)