Wednesday, March 6, 2013

Aspirasi Khusus Rakyat Semua Bangsa — "20 tuntutan pilihan raya pertubuhan-pertubuhan masyarakat" (kemaskini gambar laporan)

Aspirasi Khusus 
Rakyat Semua Bangsa —
"20 tuntutan pilihan raya
pertubuhan-pertubuhan masyarakat"
(kemaskini gambar laporan pada 7 Mac 2013, 9.00 pagi)

Kenyataan 6 Mac 2013
Sahabat Rakyat Johore Working Committee

Komik: Buangkan BN Ke Tong Sampah Sejarah !     Komik oleh: Nythan

Sahabat Rakyat Johore Working Committee (Sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Sahabat SUARAM Johor) mengeluarkan 5 kenyataan berikut berhubungan dengan "20 Tuntutan Pilihan raya ke-13" yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat seluruh negara pada 6 Mac 2013.

(1) Kami, Sahabat Rakyat Johore Working Committee merupakan sebuah pertubuhan akar umbi yang ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah bendera SUARAM dan telah memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia dan bergiat aktif di Johor selama 12 tahun. Kini, kami telah membebaskan diri daripada kongkongan organisasi dan pemikiran demokrasi dan hak asasi aliran barat, dan terus mengorak langkah demi menggerakkan pembinaan teori demokrasi dan hak asasi sejati dan merealisasikan polisi demokrasi dan hak asasi sejati di negara kita. Oleh demikian, kami telah menyertai "20 Tuntutan Pilihan raya" ini secara bebas dan berotonomi. Kami akan berjuang bersama rakyat semua bangsa yang sehaluan, untuk merealisasikan "20 Tuntutan Pilihan raya".

(2) "20 Tuntutan Pilihan raya" ini merupakan aspirasi kuat dan permintaan khusus dalam pelbagai bidang rakyat semua bangsa berdasarkan situasi masa kini Malaysia dari segi politik, ekonomi, masyarakat dan budaya; "20 Tuntutan Pilihan raya" ini merupakan satu "agenda perubahan", yang merupakan susulan kepada "Racial Eyesores on the Malaysian Landscape", untuk membina sebuah negara yang saksama, adil, samarata dan demokratik yang dikemukakan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang bersifat tidak berpatisan (non-partisan) kepada parti politik dan individu demokratik, dengan harapan mendapat endosmen daripada parti-parti politik dan calon-calon bebas yang bertanding di kerusi parlimen dan DUN, menjelang pilihan raya umum kritikal kali ini.

(3) Jika dilihat dari keluasan dan kedalaman isu yang diliputi, dan jangka masa yang diperlukan untuk mencapai tuntutan-tuntutan ini, "20 Tuntutan Pilihan raya" ini sebenarnya merupakan satu "program kerja" yang konkrit dan mantap yang dideraf oleh Dr Kua Kia Soong dan disempurnakan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat melalui perbincangan demokratik pada penggal kedua tahun 2012. Pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan individu demokratik sepatutnya menjadikannya sebagai "program kerja selama 20 hingga 30 tahun". Kini, ianya diumumkan dalam bentuk tuntutan pilihan raya, sebagai tanda rakyat semua bangsa menentang dan melawan pemerintahan hegemoni perkauman yang didominasi oleh UMNO, dan lebih-lebih lagi menunjukkan hasrat dan harapan rakyat terhadap pentabiran demokratik dan adil yang bakal berhasil daripada perubahan rejim.

(4) Kami berpendapat bahawa, pada saat-saat kritikal menjelang pilihan raya ke-13 ini, kita harus bersatu-padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit, agama dan kepercayaan, kelas dan strata, kumpulan dan klik. Bersama-sama kita buangkan khayalan terhadap Barisan Nasional dan parti-parti komponennya, dan bertindak untuk mencampak Barisan Nasional ke dalam tong sampah sejarah! Pertubuhan masyarakat mewakili kepentingan rakyat semua lapisan. Pada saat-saat kritikal ini, di mana rakyat semua lapisan bangkit menuntut perubahan rejim, harus meninggalkan slogan mengelirukan yang berbunyi "merentasi parti-parti politik, tidak melangkaui politik" atau "berkempen untuk rakyat, bukan untuk mana-mana parti politik", untuk turut serta dalam perjuangan massa "memperkukuhkan parti-parti pembangkang, bergerak kearah sistem dua barisan" seperti kata pepatah cina "air membuat perahu mengambang, tapi juga dapat menenggelamkannya".

(5) Kami, Sahabat Rakyat Johore Working Committee setuju dan endors "20 Tuntutan Pilihan raya" ini. Kami melihat "20 tuntutan pilihan raya" ini sebagai perkembangan dan susulan daripada program kerja "Racial Eyesores on the Malaysian Landscape" pada tahun 2001, dan merupakan program kerja kami dalam perjuangan demokrasi dan hak asasi pada masa depan. Sebagai sumbangan kepada pilihan raya ke-13 di Negeri Johor, kami, Sahabat Rakyat Johor Working Committee bersepakat dengan Hindraf Johor, telah mengemukakan "Seruan NGO-NGO Negeri Johor kepada Rakyat Menjelang PRU ke-13" pada 19hb Oktober 2012, dengan menggabung semangat "20 Tuntutan" (ataupun agenda perubahan) ini dengan situasi khusus di Negeri Johor, dan menyeru supaya "Memecahkan hegemoni UMNO, menubuhkan barisan persatuan demokratik; Menyatukan rakyat seluruh negeri, merealisasikan tiga tuntutan yang mendesak!". Kami akan bergabung tenaga dengan semua parti politik, pertubuhan dan orang ramai demokratik dalam usaha murni ini.

Sahabat Rakyat Johore Working Committee telah mewakilkan Lee Chen Feng untuk menghadiri dan membacakan kenyataan ini di sidang akhbar "20 tuntutan pilihan raya pertubuhan-pertubuhan masyarakat" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor hari ini (6 Mac 2013). Tanpa diduga, Lee Chen Feng dipaksa berhenti daripada terus membaca sewaktu beliau tengah membaca isi ketiga semasa sesi pertukaran pandangan, akibat daripada diganggu dan dihalang daripada meneruskan ucapan. Walaubagaimanapun, Sahabat Rakyat Johore Working Committee telah menghantar teks penuh kenyataan ini kepada media melalui emel dengan segera.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)