Sunday, October 20, 2013

Mesej daripada Presidium--Sahabat Rakyat Working Committee melangkah maju ke satu era yang baru pada tahun 2013

Mesej daripada Presidium Sempena Majlis Ulang Tahun ke-12 —
  Sahabat Rakyat Working Committee  
melangkah maju ke satu era yang baru pada tahun 2013 

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Cawangan Johor Bahru telah menubuhkan “Friends of SUARAM Working Committee” (FOS) pada tahun 2001. Pada akhir tahun 2012, SUARAM Pusat berkeputusan untuk menghentikan perlantikan penyelaras di Johor Bahru dan menamatkan pejabat urusan SUARAM di Johor Bahru atas pertimbangannya yang tertentu. FOS Working Committee, selaku sebuah pertubuhan yang aktif selama 12 tahun di Johor, memutuskan untuk meneruskan sedikit sebanyak usaha dan sumbangan terhadap perkembangan pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia di Johor mahupun di seluruh negara secara berdikari.

Sejak awal tahun 2013, kami mula bergiat di bawah nama “Sahabat Rakyat”. Jawatankuasa kerja yang ditubuhkan oleh “Sahabat Rakyat” digelar sebagai Sahabat Rakyat Working Committee. Kesemua kerja kami ditanggung bersama oleh anggota-anggota Sahabat Rakyat Working Committee dan rakan-rakan seperjuangan secara sukarela.

Dengan itu, Sahabat Rakyat Working Committee telah secara rasminya berpisah dengan SUARAM. Dalam erti kata lain, kami telah membebaskan diri daripada kongkongan organisasi dan pemikiran demokrasi dan hak asasi aliran Barat. Kami akan terus mengorak langkah demi menggerakkan pembinaan teori demokrasi dan hak asasi sejati. Kami juga akan terus berusaha merealisasikan polisi demokrasi dan hak asasi sejati di negara kita.

Sahabat Rakyat merujuk kepada tiga dokumen berikut sebagai panduan program kerja dalam usaha gerakan demokratik dan hak asasi manusia. Dokumen-dokumen tersebut adalah :

2) “Malaysian Charter on Human Rights” yang diluluskan oleh NGO dalam negeri; dan
3) “20 tuntutan pilihan raya pertubuhan-pertubuhan masyarakat" yang diumumkan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat pada 6 Mac 2013.

Kami akan terus mengambil berat terhadap isu-isu tempatan mahupun nasional. Setakat ini, kami masih bergiat aktif secara fizikal terutamanya dalam Johor.

Selama ini dalam hubungan dengan SUARAM Pusat, FOS Working Committee sentiasa berpegang kepada prinsip duduk sama rendah, bangun sama tinggi, kesamarataan, berdikari dan berusaha bersama-sama. Kami bergiat berdasarkan tiga Peraturan Kerja yang telah diluluskan sejak tahun 2009. Maka, perubahan hubungan dengan SUARAM Pusat tidak menjejaskan tugas-tugas utama kami. Sebelum ini, terdapat seorang penyelaras yang ditugaskan oleh SUARAM Pusat untuk melaksanakan tugas SUARAM di Johor Bahru. Mulai tahun 2013, Sahabat Rakyat Working Committee tidak lagi mengupah staf.

Pemilihan AJK Sahabat Rakyat Working Committee untuk penggal yang baru iaitu tahun 2013 hingga 2015 baru diadakan. Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada setiap bekas AJK yang pernah berusaha bersama. Jasa dan usaha mereka telah menyumbang dalam kerja-kerja selama ini yang sedikit sebanyak memberi implikasi positif terhadap gerakan demokratik dan hak asasi manusia negara kita.

Di pihak yang lain, penglibatan AJK-AJK yang baru dialu-alukan. Penyertaan anda akan memperkayakan lagi persepsi di kalangan jawatankuasa kami. Ini pasti memanfaatkan perbincangan berkenaan agenda kerja Sahabat Rakyat pada masa depan. Selain itu, penyertaan anda turut membantu Sahabat Rakyat dalam pelaksanaan usaha perpaduan parti-parti politik dan NGO-NGO.

Perjuangan berperlembagaan (Constitutional struggle) masih merupakan garis juang perjuangan politik utama yang diharapkan oleh rakyat demi mengubahkan keadaan semasa selepas PRU-13. Pada masa yang sama, kami berpendapat bahawa NGO berpotensi memainkan peranan yang penting dan efektif dalam arena perjuangan berparlimen. Kami sedia bekerjasama rapat dengan NGO-NGO dan parti-parti politik semua kaum, kepercayaan dan agama yang bersetuju dengan halatuju perjuangan demokratik dan hak asasi manusia serta bertegas mempertahankan kepentingan rakyat. Kita harus juga berpegang pada prinsip saling hormat-menghormati dan kesamarataan sesama kita, di samping mencari persamaan sambil menyimpan perbezaan.

Sempena ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee, kami menganjurkan forum "Pertubuhan Masyarakat•Perjuangan Berparlimen•Demokrasi dan Hak Asasi Manusia" agar isu garis juang gerakan masyarakat yang diambil oleh NGO-NGO pada masa kini dikaji sama-sama. Kami berharap idea yang lagi bernas dijana selepas forum pada hari ini. Akhir kata, kami akan bergabung tenaga dengan semua parti politik, pertubuhan dan orang ramai demokratik dalam usaha murni ini.


Artikel lain berkaitan dengan forum ini:

1. 人民之友工委会在2013年迈入新的里程碑 ——人民之友工委会成立12周年纪念主席团献词
2. 民间组织 必须掌握议会斗争; 建立联合阵线 力争民主人权
3. 自由是踩界踩出来的, 公义是抗争抗出来的
4. Mesej daripada Presidium--Sahabat Rakyat Working Committee melangkah maju ke satu era yang baru pada tahun 2013
5. Civil Society Organisations and Change: A Collaborative Approach
6. Pertubuhan Masyarakat Harus Kuasai Perjuangan Berparlimen; Membentuk Barisan Persatuan, Perjuangkan Demokrasi & Hak Asasi Manusia!
7. Liberty through Challenging Boundaries, Justice through Resisting

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)