Kepada
1) Ketua Polis Johor
Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor
Jalan Tebrau,
80990 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2254422
Faxs: 07-2240115
2) BP Pasir Gudang
Polis Diraja
JKR No. 5233, Jalan Masjid,
81700 Pasir Gudang, JB, Johor
Tel: 07-2513222
3) BP Masai
Polis Diraja
JKR No. 4621, Jalan Lama,
Johor Bahru Kongkong,
81750 Masai, JB, Johor
Tel:07-2511222
Tuan,
PENJELASAN:
2 orang tahan dibawah ISA
Saya merujuk kepada 2 orang yang berusia 25 dan 29 telah ditahan dibawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 Ogos 2007 seperti yang tersiar dalam Metro Setempat bertarikh 30 Ogos 2007 (keratan akhbar disertakan bersama surat ini).
Mengikut laporan akhbar, dua orang lelaki dipercayai dalang penyebaran SMS fitnah yang mendakwa akan berlaku pergaduhan kaum di Masai dan Pasir Gudang sejak awal bulan ini. Menurut akhbar, dua orang lelaki itu akan direman selama tujuh dan enam hari bagi membantu siasatan.
Kami memandang amat serius keatas kes penangkapan dibawah ISA adalah zalim dan kejam. Ini kerana semua orang perlu ditahan dengan mempunyai bukti dan fakta yang cukup dan tepat sebelum seseorang itu boleh ditahan.
ISA merupakan sebuah akta yang menafikan kebebasan sseorang individu untuk melalui proses perbicaraan dan membela diri. Ia sememangnya kontradik sengan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Segajat.
Oleh yang demikian pihak SUARAM Cawangan Johor ingin memperolehi maklumat-maklumat lanjut berkaitan perkara ini untuk tindakan lanjut, antaranya ialah:
a) Maklumat peribadi dan butir-butir orang kena tahan dibawah ISA.
b) Tempat yang jelas di mana mereka kena tahan.
c) Adakah mereka telah mendapat Peguambela dan telah menghubungi keluarga masing-masing.
d) Adakah sebarang penyiasatan (inquest) dijalankan mengenai perkara ini dan perkembangan terkini penyiasatan.
Kami berharap pihak Tuan dapat memberikan maklumat-maklumat yang diingin dalam masa dua minggu untuk membolehkan kami menyiasat kes ini. Kerjasama pihak Tuan adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK HAK ASASI MANUSIA
Yang Benar,
Nyam Kee Han
Coordinator,
Suara Rakyat
s.k :
-Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Prime Minister and
Minister of Internal Security
- Tan Sri Musa Bin Dato’ Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, Bukit Aman
- Tan Sri Abdul Ghani bin Patail, Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara
- Tan Sri Abu Talib, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
- Majlis Peguam
- SUARAM
0 comments:
Post a Comment