Friday, August 31, 2007

JOINT STATEMENT: Kami mahukan keamanan!

Salam Kemerdekaan!

Baru-baru ini, telah tersebar khabar angin berkaitan dengan pergaduhan yang akan berlaku pada 30hb dan 31hb Ogos 2007 dan ianya telah menakutkan hati kita semua terutamanya yang menetap di sekitar Pasir Gudang.

Pada malam 28hb Ogos 2007, bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, telah diadakan satu sesi penerangan berkaitan dengan masalah yang sedang melanda penduduk kawasan Taman Cendana. Antara yang hadir pada malam itu ialah ADUN Permas iaitu Datuk KS Balakrishan, wakil rasmi Datuk Khaled Nordin, Ketua Polis Daerah Seri Alam (OCPD Roslan), Ketua Kampung Mukim Plentong, wakil-wakil penduduk kawasan berhampiran dan orang awam.

Majlis itu telah dihadiri oleh 500 orang warga setempat. Tujuan majlis ini kononnya adalah untuk menenangkan perasaan takut antara penduduk sekitar Pasir Gudang.. Dalam sesi penerangan itu, terdapat sehelai kertas bersize A4 telah disebarkan kepada semua yang hadir ke majlis itu dengan tajuk "Warga Taman Cendana". Tujuan utama penyebaran risalah itu adalah supaya kita jangan sesekali mempercayai SMS yang disebarkan kepada masyarakat pada saat ini. Ia juga menegaskan bahawa penyebaran SMS itu adalah bersifat khabar angin semata-mata.

Namun begitu, hati setiap orang masih lagi berada di dalam ketakutan. Ini berkemungkinan ekoran daripada tidak mendapat maklumat secara menyeluruh. Akhirnya ia telah menyebabkan pelbagai jenis cerita atau ramalan antara satu sama lain wujud. Keadaan ini sebenarnya lebih menekan perasaan dan mewujudkan ketakutan antara satu sama lain dan jika dibiarkan berterusan, prejudis antara satu sama lain akan menjadi lebih teruk lagi.

Dengan itu, kami dari badan-badan NGO dan parti politik telah mengariskan 5 permintaan penting agar pihak berkuasa dan orang awam dapat memberikan perhatian. Antaranya ialah:

1) Kami menyeru supaya pihak berkuasa mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku di Taman Cendana. Ianya adalah hak kami sebagai rakyat untuk mendapatkan maklumat secara terbuka dan tepat.

2) Kami menyeru kepada semua agar tidak melihat kes jenayah ini daripada sudut perkauman kerana dalam isu jenayah, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsanya tanpa mengira bangsa, kaum ataupun agama.


3) Kami juga menggesa pihak berkuasa agar tidak bersikap prejudis dalam menjalankan tugas semasa menjaga keamanan di sekitar Pasir Gudang, khasnya di Taman Cendana.

4) Kami percaya bahawa khabar angin ini telah membongkar satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan lagi iaitu bahawa yang sebenarnya, hubungan antara kaum di Malaysia memang tidak tenang sejak dahulu lagi. Kita sebagai satu masyarakat pelbagai kaum sebenarnya tidak mempercayai antara satu sama lain. Satu formula perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah ini demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

5) Dan, sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, kami menyeru kepada semua pihak tidak kira bangsa, kaum ataupun agama, supaya sentiasa ingat bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan memiliki hak serta tanggungjawab yang sama rata.

Semoga Hari Kemerdekaan ke-50 ini lebih bermakna kepada kita semua!



Badan-badan NGO, parti seperti berikut:

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bahru


Persahabatan Semparuthi Johor Bahru

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)

Orang yang boleh dihubungi :

Nyam Kee Han , h/p no: 016-7782707 Mohan, h/p no: 017-7540597 Nazman, h/p no: 013-7437472

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Persahabatan Semparuthi Dewan Pemuda PAS Negeri
(SUARAM caw JB) No1 Jalan PI 15/6 Johor (DPPNJ)

8A Jalan Ronggeng 11, Tanam Pulai Indah Pejabat Pentadbiran Dewan
Taman Skudai Baru, 81110 Kangkar Pulai Pemuda Pas Negeri Johor
81300, Skudai, Johor, Malaysia Simpang Renggam, Johor

Johor, Malaysia Tel / Fax: +607-5276145 Tel / Fax: +607-7554693
Tel / Fax: +607-5581098

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)