Saturday, August 23, 2008

Seruan kepada Rakyat Mengambil Peluang dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI 2/2008

[Kenyataan Akhbar Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik (JKBI), Tarikh: 23 Ogos 2008]

Usaha JKBI selama setahun dalam menyediakan laporan soal selidik PPSMI di semua jenis aliran sekolah rendah khasnya di negeri Johor akhirnya mendapat perhatian daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada 4hb Ogos 2008 yang lepas, JKBI telah menghantar satu laporan yang lengkap berserta dengan memorandum kepada KPM yang mana telah pun diterima oleh Encik Mohd Sallehhuddin Hassan selaku Setiausaha Bahagian KPM.

Pada 20 Ogos 2008 yang baru-baru ini, Cik Eileen selaku pihak urus setia Persidangan Meja Bulat PPPSMI 2/2008 yang dianjurkan oleh KPM telah menelefon AJK JKBI mengenai jemputan ke persidangan meja bulat tersebut. Persidangan meja bulat PPSMI ini merupakan suatu program berkala sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishammudin Hussein pada 15hb Julai 2008. Beliau menyebut bahawa keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 bukanlah penentu kepada penerusan PPSMI, sebaliknya KPM akan melalui 6 kali persidangan meja bulat untuk menguji tahap keberkesanan PPSMI sebelum membuat keputusan akhir sama ada meneruskan ataupun membatalkan dasar ini.

Persidangan meja bulat kali kedua ini akan diadakan pada 27hb Ogos 2008 bermula jam 8:30 pagi sehingga jam 5:30 petang di Dewan 10, aras Concourse, Pusat Persidangan Antarabangsa, Putrajaya (PICC). Pihak-pihak yang dijemput termasuklah Tamil Foundation, wakil PIBG, Persatuan Penulis, wakil dari Sabah dan Sarawak, Dewan Bahasa Pustaka, badan-badan NGO dan sebagainya. Dan, untuk persidangan bagi kali yang kedua ini, JKBI turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam proses perbincangan. Ini merupakan satu manifestasi kepada kejayaan rakyat khasnya para aktivis JKBI, para guru, pelajar-pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan parti politik PR dari negeri Johor dalam memperjuangkan bahasa ibunda.

Dengan itu, kami mengalu-alukan kesemua 53 buah persatuan, badan-badan NGO dan parti-parti yang pernah menandatangani memorandum JKBI untuk memberikan apa jua saranan dan cadangan kepada kami agar ianya akan dapat kami suarakan di dalam persidangan meja bulat itu nanti. Selain itu, bagi mana-mana pihak yang sama pendiriannya dengan kami, anda juga dijemput untuk sama-sama menyokong hasrat dan cita-cita kita agar dasar yang tidak menguntungkan masa depan bangsa ini dihapuskan oleh kerajaan dengan serta merta.

JKBI amat percaya bahawa kuasa rakyat mampu untuk menggerakkan perubahan ini. Suara rakyat-lah yang sepatutnya menentukan dasar dan hala tuju sesebuah kerajaan dan bukannya ditentukan oleh mana-mana individu politik secara unilateral semata-mata.

Kami menyeru kepada semua rakyat agar terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan PPSMI ini. Pendidikan yang berkesan merupakan asas kepada kemajuan sesebuah negara.

Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan cadangan dan berkongsi pendapat, sila hubungi Setiausaha Kerja JKBI seperti berikut: Sdr. Norman Ibrahim (013-7318527) dan Sdr. Nyam Kee Han (016-7782707)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)