Saturday, August 16, 2008

Syabas kepada perjuangan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah!

[kenyataan SUARAM caw. Johor pada 15 Ogos 2008]

SUARAM caw. Johor berasa bangsa dan syabas kepada kemenangan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) yang dapat menghalang satu perobohan semalam(14 Ogos 2008). Seawal pukul 8 pagi kemarin, seramai 500 penduduk KBPT berkumpul beramai-ramai di persimpangan masuk ke Kampung tersebut bagi menghalang tindakan pihak pemaju yang akan merobohan rumah mereka pada 10 pagi. Selain dari berkumpul, mereka turut duduk di atas jalan serta meletakkan lori dan kereta di tengah jalan masuk berkenaan. Selain itu, mereka turut mengantung banner dan memegang banner yang bertulis “Rumah selesa hak semua”, “Lawan tetap lawan”, “Kuasa Rakyat Pasti menang”, “Bukit Lenang devopment; Ingatkan janji anda” dan sebagainya yang menunjukkan suara rakyat dan kata-kata perjuangan mereka. Menurut maklumat penduduk, terdapat sebanyak 8 buah jentera menolak telah menunggu 1 KM jauh dari kawasan kampung dan seramai 200 FRU telah bersiap sedia di balai polis berdekatan untuk menunggu perintah. Rakan-rakan seperjuangan yang turut hadir termasuk parti-parti dan NGO-NGO seperti PSM, PAS, PKR, Suaram, Jerit dan lain-lain lagi.

Sejak menerima notis daripada pemaju Bukit Lenang Sdn. Bhd bahawa pengusiran paksa akan diadakan pada 14 ogos 2008, penduduk KBPT telah mencuba sedaya upaya untuk menghalang pengusiran itu. Kempen yang diadakan oleh penduduk kampung seperti membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan mereka; menghantar memorandum kepada ADUN Johor Jaya Tan Cher Puk dan parti pembangkang Johor serta ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau; demontrasi secara besar-besaran di depan Pejabat Kerajaan Negeri serta menghantar memorandum kepada Menteri Besar; menyedar risalah berkaitan penindasan KBPT secara meluas supaya mendapat perhatian orang ramai dan lain-lain lagi. Kempen selama sebulan itu menunjukkan kegigihan penduduk kampung dan akhirnya isu mereka berjaya mendapat perhatian lebih ramai dan pelbagai sokongan moral turut diterima oleh penduduk KBPT.

Sehari sebelum pengusiran, penduduk sekali lagi melalui mahkamah memohon satu perintah menghalang (injuction) untuk mengentikan perobohan. Mahkamah mengizinkan balif tidak akan datang merobohkan perumahan KBPT dan sehingga satu cara penyelasaian yang menguntungkan kedua-dua pihak (win-win solution) antara antara peguam penduduk KBPT dan peguam pemaju. Bicara diteruskan pada 14 Ogos jam 9 pagi dimana peguam Bukit Lenang Thomas Philip, Ketua cawangan KBPT Saudara Saari, Peguam Jawatankausa Bertindak (JKB) KBPT dan pihak polis hadir ke mahkamah. Mahkamah memutus bahawa pemaju hanya boleh roboh 20 buah rumah kosong dan selainnya iaitu 260 buah rumah hanya boleh diroboh selepas 2 bulan (15 Oktorber 2008).

Keputusan mahkamah tidak memutuskan perjuangan penduduk kampung. Penduduk tetap berpendirian tegak iaitu tiada sebuah rumah pun yang akan dirobohkan sehingga rumah penempatan mereka siap didirikan dan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka. Pada jam lebih kurang 12:30 tengah hari, satu perundingan telah dibuat oleh pihak-pihak berkenaan di Balai Polis Johor Jaya. Oleh sebab tiada penyelesaian diperolehi, perundingan itu telah dipindahkan ke kampung pada jam lebih kurang 1:45 petang. Akhirnya, lebih kurang jam 2:15 petang, selepas campur tangan penduduk kampung, mereka mendapat keputusan bahawa perobohan ditunda kepada 15 Oktober 2008 dan timbalan pengerusi UMNO kawasan Pasir Gudang Dato Ibrahim berjanji bahawa pihak kerajaan akan menyiapkan rumah penempatan di Sg Tiram selama dua bulan.

Sikap penduduk KBPT yang berani perjuang kerana benar telah berjaya menghalang perobohan pada hari itu. Suaram Johor dapat melihat satu kuasa yang agak kuat dan kukuh iaitu kuasa rakyat melalui perjuangan KBPT. Kami berpendapat bahawa kemenangan itu datang dari penduduknya sendiri. Jika penduduk KBPT tidak bersatu padu mempertahankan perobohan pada hari itu dan tiada apa-apa usaha sebelumnya, perobohan pasti akan diteruskan. Selain itu, jika mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada mana-mana pihak politik, kami percaya penduduk kampung pasti tidak akan melihat kemenangan pada hari itu.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)