Thursday, August 7, 2008

Menyalahguna Akta ISA – Menahan Pensyaki Penyedar Dadah dengan Tanpa Bicara

[kenyataan akhbar SUARAM caw. JOHOR pada 6hb Ogos 2008]

Suaram Caw. Johor membantah sekeras-kerasnya keatas suatu pengumuman sidang akhbar yang dibuat oleh pihak polis Batu Pahat pada 6hb Ogos 2008 yang menyatakan bahawa terdapat 6 pensyaki penyedar dadah telah ditahan dibawah Akta ISA pada tahun ini dan telah dihantar ke Kem Simpang Renggam.

Menurut Ketua Penyiasat Bahagian Narkotik IPD Batu Pahat ACP Tan, semenjak seminggu operasi yang lepas, pihak polis telah menangkap seramai 92 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyedaran dadah, menyembunyi dadah atau pengagih dadah. Mereka yang ditahan adalah berumur diantara 22 hingga 41 tahun. Pihak polis telah menahan seramai 7 orang masing-masing pada 25hb July, 28hb July dan 2hb Ogos. Mereka akan dituduh dibawah akta dadah berbahaya seksyen 39a(1) atau 39b, jika disabit kesalahan akan dijatuh hukuman kematian.

Selain itu, OCPD Ibrahim menyatakan bahawa operasi selama seminggu itu turut menahan 8 orang bagi bantuan siasatan polis setelah pemeriksaan yang dijalankan keatas 143 buah motosikal. Operasi itu telah merampas ais, heroin dan lain-lain jenis dadah.

Kami berpendapat bahawa pihak polis perlu secara telus mengemukakan maklumat-maklumat orang-orang yang kena tahan itu kepada masyarakat. Contohnya, nama penuh OKT, tempat tahanan, adalah keluarga OKT telah dihubungi dan keluarga OKT telah berjumpa dengan OKT dan lain-lain lagi. Kami harap bahawa pihak polis dapat menjalankan penyiasatan secara professional terhadap OKT. Pihak polis perlu dalam masa 24 jam membawa orang yang disyaki bersalah itu ke mahkamah. Ini kerana mereka mempunyai hak membela diri sendiri di hadapan mahkamah sebelum disabit kesalahan. Selain itu, pihak polis perlu memastikan bahawa orang yang disyaki bersalah mendapat bantuan peguambela sebagai melindungi hak asasi mendapat bantuan peguam.

Kami berpendapat bahawa kerajaan kita tidak belajar silap sebelumnya iaitu menyalahguna Akta ISA dalam menahan 5 peminpin HINDRAF, namum pihak kerajaan masih terus menyalahguna Akta ISA menahan 6 orang pensyaki penyedar dadah. Rakyat terutamanya kaum India yang teruk ditindas telah menggunakan undi mereka untuk menolak sikap keangguhan dan autokratik kerajaan semasa pilihanraya umum pada 8hb March 2008. Keputusan pilihanraya yang lepas itu telah menonjolkan bahawa semua kaum di Malaysia telah sedar dan berganding bahu menentang BN, akhirnya menyebabkan kerajaan BN kehilangan 2/3 lebihan kerusi di parlimen yang sekian lama memonopoli kerusi-kerusi DUN dan parlimen.

Sesiapa yang ditahan dibawah akta ISA sebenarnya telah dinafikan hak bicara mereka di hadapan mahkamah. Hak-hak asasi yang dicaburi seperti hak peguambela diri sendiri, bicara secara terbuka dan hak bantuan peguambela. Malaysia merupakan ahli United Nation sepatutnya menghormati hak asasi sejagat (Univesal declaration Human Rights) sebagai satu penentuan yang asas kepada pemerintahan Negara dan tidak sepatutnya menggunakan akta ISA yang mencaburi hak asasi rakyat.

Kami menyeru bahawa semua tahanan ISA dilepas serta-merta. Penangkapan tanpa bicara adalah tidak munasabah dan bermotif politik. Kami menyeru masyarakat memberi prihatin keatas tahanan tanpa bicara kerana ia merupakan satu akta kejam yang mencaburi hak asasi rakyat.

Kami telah menubuh “Pusat Perkhimatan hak-hak asasi rakyat” pada 1hb Ogos 2007 yang dibuka setiap hari Khamis jam 2:00pm hingga 6:00pm di Pejabat SUARAM caw. Johor. Selain dari menerima kes-kes caburi hak asasi manusia, kami turut menyedarkan risalah-risalah di pasar malam berdekatan, tujuan untuk meningkatkan kesedaran kalangan masyarakat terhadap hak-hak asasi manusia. Sehinga sekarang, kami telah menerima dan menangani banyak kes seperti keganasan polis, kematian dalam lokap, isu-isu pekerja ditindas, isu tanah paksaan keluar dan lain-lain lagi.

Dengan itu, kami menyeru supaya keluarga mangsa atau mana-mana pihak dipercayai hak-hak asasinya dicaburi dengan bila-bila masa menghubungi kami. Kami akan cuba sedaya upaya dalam memberi bantuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Nyam Kee Han selaku penyelaras “Pusat Perkhidmatan hak-hak asasi rakyat” di talian 016-7782707.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)