Friday, July 3, 2009

DIC - GOH YAM PEAW UPDATE 3 JULY 2009

Kes perbicaraan Kematian Dalam Lokap mengalami pelbagai halangan sehingga menyebabkan kes-kes tersebut tidak dapat dihentikan dengan berkesan
[Kenyataan akhbar SUARAM Cawangan Johor Bahru]

Laporan Hak Asasi Manusia 2007 yang diterbitkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah menunjukkan bahawa pada tahun 2006, Polis DiRaja Malaysia telah mengumunkan bahawa terdapat 80 kes kematian dalam lokap semasa dalam tempoh penahanan antara tahun 2000 hingga tahun 2004. Namun demikian, hanya 6 kes diantaranya yang dapat dibicarakan secara terbuka (open inquest). Malangnya, kebanyakan kes yang dibicarakan telah ditunda atau ditangguhkan berkali-kali dengan sebab-sebab yang tertentu.

Pada pendapat kami, fenomena diatas telah menunjukkan tiga sebab yang berkaitan dengan ketidakprofesionalan pihak tertentu. Antaranya termasuk:

Pertama, kelalaian, ketidakprofesionalan dan penyalahgunaan hak polis dalam mengendalikan kes merupakan salah satu bukti yang nyata. Sesiapa yang belum dijatuhkan hukuman adalah dianggap sebagai tidak bersalah dari segi undang-undang. Orang Kena Tahan (OKT) adalah hanya untuk membantu siasatan dalam kes tertentu, tetapi tidak bermaksud bahawa mereka adalah pesalah. Pihak Polis hanya boleh mendakwa seseorang hanya jika pihak polis telah mempunyai bukti yang kukuh. Oleh itu, pihak polis bertangunggungjawab dalam memastikan keselamatan orang yang membantu siasatan. Dalam kes Goh Yam Peaw, pihak polis telah menunjukkan ketidakprofesionalan dalam mengendalikan kes tersebut. OKT tersebut telah meninggal dunia di lokap pada jam 4.00 pagi, 20 Januari 2008. Ahli keluarga Si-mati bukan sahaja hanya diberitahu mengenai kejadian ini pada pagi keesokan harinya, iaitu pada jam 10 pagi, bahkan pihak polis telah menjelaskan kes ini dengan alasan bahawa Si-mati meninggal dunia atas sebab “selepas terjatuh menggunakan tandas.”.


Kedua, kecurigaan terhadap laporan forensik. Antara kes yang terlibat adalah seperti kes Kugan Ananthan yang mati dalam lokap Balai Polis Subang. Ahli keluarga Kugan telah memohon untuk menjalankan bedah siasat untuk kali kedua kerana tidak yakin kepada laporan pertama yang mempunyai beberapa keraguan. Selain daripada itu, kes seperti A. Gnanapragasam yang berlaku sejak kebelakangan ini telah membuktikan sekali lagi mengenai kredibiliti dan kesahihan laporan forensik. Menurut ahli keluarganya, A Gnanapragasam pernah mengadu bahawa dia telah dipukul oleh polis semasa didalam lokap. Tetapi pihak polis menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa A Gnanapragasam tergelincir didalam tandas lokap serta bergaduh dengan Orang Kena Tahan (OKT) yang lain. Selain daripada itu, terdapat laporan media yang melaporkan bahawa sebab kematian A Gnanaprasam adalah kerana perutnya yang dijangkiti kuman dan juga akibat keracunan darah. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri harus mengambil tindakan dengan segera untuk menyiasat apa yang telah berlaku.

Ketiga, Mahkamah Majisret sentiasa menggunakan pelbagai jenis alasan bagi menangguhkan tarikh penyiasatan terbuka. Mengikut rekod kami terhadap kes Goh Yam Peaw mendapati bahawa, Mahkamah Majistret Segamat hanya memanggil lima orang saksi yang merupakan pegawai polis yang bertugas di Segamat pada 20 Jun 2008. Selepas itu, Mahkamah Majistret telah menunda kes ini sebanyak enam kali. Kali pertama kes ini ditunda iaitu pada 8 Julai 2008 atas sebab penukaran Timbalan Pendakwaraya, dan Pendakwaraya memohon kes ini ditukar kepada tarikh yang lain agar beliau mempunyai masa yang cukup untuk mengkaji kes ini. Pada 28 Oktober 2008, kes ini ditunda lagi atas alasan Pendakwraya tidak hadir ke mahkamah. Kes ini ditunda lagi bagi kali yang ketiga pada 31 Disember 2008, kerana Majistet mengambil cuti sakit. Kali keempat kes ini ditunda atas sebab saksi, iaitu Doktor Forensik yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Pada 28 April 2009 kes ini ditunda lagi dengan alasan Majistret telah pergi ke Kuala Lumpur dan tidak dapat hadir untuk perbicaraan ini. Untuk kali yang terakhir, iaitu pada 30 Jun 2009, kes ini ditunda ke 27 Oktober 2009 kerana pendakwaraya tidak hadir. Mengikut fenomena diatas, kita yakin bahawa kes ini tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat malah memerlukan jangka masa yang panjang untuk menegakkan keadilan bagi pihak keluarga mangsa dalam kes ini.

Pada pendapat kami, Kerajaan Malaysia perlu menjalankan reformasi keatas pentadbiran dan pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan juga pihak Perundangan dan Kehakiman bagi mencegah, atau menangani kes seperti ini dengan telus, bebas dan adil. Selain itu, kami juga menyeru Kerajaan Malaysia agar mempercepatkan Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai usaha mencegah kes-kes seperti ini daripada berlaku lagi.


SUARAM cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor
Nyam Kee Han - Koordinator

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)