Thursday, July 16, 2009

Mansuhkan PPSMi segera!

Kembalinya bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik merupakan satu kemenangan kecil keatas perjuangan pelbagai kaum dalam membantah PPSMI.
[kenyataan akhbar Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor ]


Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor berpendapat bahawa pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2012 secara berperingkat telah membuktikan bahawa pelaksanaan tegar pihak kerajaan keatas PPSMI selama 6 tahun adalah suatu kesilapan. Justeru itu, pendirian membantah PPSMI untuk melindungi bahasa ibunda dari pihak kami, parti-parti, persatuan-persatuan mahupun individu yang selama ini menegaskan untuk menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik adalah betul. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pihak kerajaan mengumunkan untuk memgembalikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik telah menunjukkan bahawa pelaksanaan tegar keatas PPSMI telah gagal, dan boleh dikatakan bahawa ia hanya satu kemenangan kecil pelbagai kaum yang kian lama telah berjuang untuk membantah PPSMI ini. Namun demikian, perjuangan hak asasi bahasa ibunda pelbagai kaum dan perjuangan hak samarata pelbagai kaum dalam memperolehi institusi-institusi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda kaum masing-masing masih tidak mendapat sambutan dari pihak kerajaan.


Selama 6 tahun PPSMI dilaksanakan, pelajar-pelajar pelbagai aliran sekolah telah menghadapi pelbagai masalah dan rintangan dalam tempoh pembelajaran. Sejak perlaksanaan PPSMI, pihak kerajaan telah menghadapi pelbagai bantahan dari pelbagai pihak sehingga pertubuhan sasterawan bahasa Melayu telah mengadakan himpunan untuk memansuhkan PPSMI pada bulan Mac yang lalu. Kini, kerajaan telah memansuhkan polisi ini dengan pelbagai alasan yang sukar diterima, atau masalah teknikal seperti kekurangan guru yang mengajar bahasa Inggeris dan hasil yang tidak munasabah. Ini menunjukan kerajaan bukan sahaja tidak setuju dengan keperluan dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa ibunda malah telah menafikan kepentingan pendidikan dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai asas pendidikan.





Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan pendidikan dan pembelajaran kepada semua rakyat, menggunakan dan membangunkan bahasa ibunda kaum masing-masing. Akan tetapi sistem pendidikan di Negara ini telah menafikan hak diatas dan pembangunan kearah sistem pendidikan bahasa ibunda yang sempurna. Seksyen 21(2) Akta Pendidikan 1961 hingga pindaan Akta Pendidikan 1996 menunjukkan bahawa dasar pendidikan kerajaan adalah berlandaskan dasar se-budaya dan mengasimilasikan bangsa lain secara paksaan. Pendidikan bahasa Cina tidak mempunyai satu sistem pendidikan yang sempurna khususnya penggunaan bahasa Cina dari sekolah rendah, menengah hingga universiti. Ini menyebabkan kebanyakan pelajar aliran vernakular Cina terpaksa memilih memasuki sekolah jenis kebangsaan untuk menyambung pelajaran ke universiti tempatan. Oleh itu, kami menganggap masih wujud masalah penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris di sekolah jenis kebangsaan sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini disebabkan pihak kerajaan hanya melaksanakan sistem pendidikan yang semata-mata mementingkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sehingga mengabaikan kepentingan pembangunan bahasa ibunda kaum masing-masing.


Kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI, tetapi mengumumkan akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga tahun 2012. Tindakan yang mencurigakan ini seolah-olah membayangkan bahawa pihak kerajaan cuba menyembunyikan maksud tertentu daripada pengetahuan rakyat. Kami berpendapat bahawa kerajaan harus dan sekiranya dibenarkan (seperti Sekolah Rendah Jenis kebansaan Cina) memansuhkan PPSMI dengan segera, tidak perlu menunggu sehingga tahun 2012, kerana kerajaan memang tidak ada alasan untuk membuat demikian.


Dasar Pendidikan Negara akan menjejaskan pendidikan anak-anak bangsa Malaysia seumur hidup. Justeru, kami menyeru kerajaan agar sebelum sebarang polisi pendidikan dilaksanakan, kajian terperinci haruslah dijalankan oleh pakar-pakar pendidikan dan mengumpul pendapat dari rakyat sebelum melaksanakannya, dan untuk memastikan dasar pendidikan tidak dijadikan alat penghambaan keatas pemikiran rakyat. Selain itu, untuk melaksanakan pendidikan bahasa ibunda dengan efektif, kerajaan harus mengkaji semula bahasa Negara, polisi pendidikan dan kebudayaan untuk membantu pembangunan pelbagai aliran sekolah.




SUARAM cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor


(Nyam Kee Han)
Koordinator
10 hb Julai 2009

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)