Friday, July 20, 2007

Memorandum “Kembalikan Keamanan Masyarakat Kita”

Latar belakang Memorandum

1. Pada 5/1/2007, suatu kes rompak dan rogol yang melibatkan dua orang mangsa dan empat orang perompak telah berlaku di Johor Bahru. Si perompak telah mengugut si mangsa dengan menggunakan pisau dan kemudiannya membawa kereta si mangsa di sekitar Pasir Gudang selama kira-kira sejam, sebelum berhenti di suatu semak dan merogol si mangsa wanita.

2. Manakala pada 11/6/2007, sepasang kekasih telah dirompak semasa perjalanan mereka dari Pontian ke Johor Bahru. Mereka dikejar oleh empat orang perompak dan akibatnya si mangsa lelaki mengalami cereda parah akibat ditetak oleh si perompak yang ganas. Si mangsa wanita pula diperkosa oleh perompak-perompak tersebut.

3. Semasa berlakunya kes pada 11/6/2007, pihak polis telah melengah-lengahkan proses pelaporan dan tidak menghiraukan si mangsa. Dalam kes 5/1/2007 pula, maruah si mangsa terpijak dan kederitaannya diulangi untuk kali kedua melalui cara pengambilan kenyataan saksi yang tidak profesional. Kejadian di atas telah mendedahkan kelemahan polis yang tidak dapat menjalankan tugas secara professional.

4. Abang kepada si mangsa kejadian kes 11/6/2007 telah banyak kali cuba menghubungi dan meminta tolong daripada pihak polis. Namun, pihak polis telah menolak permintaan tersebut dengan memberi sebab bahawa kejadian itu berlaku di tempat tidak tertakluk kepada cawangan polis tersebut. Ini telah menyebabkan si mangsa gagal mendapat bantuan dan akhirnya ditetak oleh si penjenayah. Apabila sampai di hospital pula, pihak hospital enggan memberi rawatan kepada si mangsa atas sebab kenyataan polis belum diambil. Ini mengakibatkan si mangsa diseksa oleh kesakitan dan kederitaan.

5. Di antara tahun 2004 dan 2006, pihak polis telah mengemukakan sejumlah lapan perintah yang mewajibkan semua anggota polis untuk memperbaiki keadaan “tidak menerima laporan polis daripada orang awam”. Maka, melalui kejadian di Johor Bahru, ternyata bahawa pihak polis telah mengingkari perintah tersebut

6. Kejadian-kejadian di atas cuma merupakan sebahagian kecil kes yang dapat menggambarkan keadaan keselamatan orang awam yang semakin terancam. Menurut laman web Polis Diraja Malaysia, dalam 5 tahun yang lepas, kadar kes jenayah semakin meningkat. Pada tahun lepas, terdapat 42,343 kes jenayah yang berlaku di Malaysia, termasuk kes rompak, bunuh dan sebagainya. Antaranya, 2,435 kes merupakan kes rogol.

Kami, sekumpulan badan-badan masyarakat sivil melahirkan kebimbangan kami terhadap kes-kes rompak dan rogol yang berlaku secara semakin kerap dan berterusan kebelakangan ini. Kes-kes keganasan ini bukanlah kejadian terpencil, sebaliknya merupakan bukti nyata bahawa keselamatan orang awam semakin tergugat.

Kami ingin menegaskan bahawa setiap manusia mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang aman damai dan keadaan yang bebas daripada ketakutan. Hak asasi ini termaktub dengan jelas di dalam Artikel 3 Piagam Hak Asasi Manusia Sedunia (Universal Declaration of Human Rights,1948).

Keadaan keselamatan dalam negeri yang semakin merosot bukan sahaja akan mengancam orang awam serta harta benda mereka, tetapi juga akan menjejas imej negara Malaysia di mata dunia dan pelaburan daripada luar negara.

Oleh itu, kami mengemukakan tuntutan-tuntutan berikut supaya pihak kerajaan memandang serius krisis keselamatan dalam negeri ini:

1. Prosedur membuat laporan polis dan penyisatan kes oleh pihak polis harus dikaji semula. Penyelarasan antara cawangan-cawangan Polis harus diperbaiki untuk mengelakkan mana-mana anggota polis daripada berdolak-dalih, dan juga untuk mengurangkan penderitaan mangsa-mangsa kes jenayah yang sering diakibatkan oleh cara pengendalian pihak polis yang kurang profesional.

2. Ibu pejabat polis negara bersama dengan cawangan-cawangannya di seluruh negara harus memperbaiki mekanisme bagi melenyapkan kegiatan kongsi gelap di negara ini.

3. Memupuk kesedaran di kalangan pihak polis terhadap hak-hak wanita, kanak-kanak serta hak asasi manusia.

4. Menetapkan agenda pengawalan kejadian kes jenayah di peringkat negara. Angka statistik kejadian kes jenayah, kawasan kejadian kes jenayah, dan analisis punca-punca kes jenayah harus diumumkan berkala supaya kejadian kes jenayah dapat dikawal secara sistematik.

5. Pihak kerajaan harus membentuk Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku PolisIndependent Police Complaints and Misconduct Commission, IPCMCdemi menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan polis, sebagaimana yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (Suruhanjaya Diraja Polis) yang dikeluarkan pada 6/5/2005.

6. Pihak Polis harus memandang serius serta melaksanakan cadangan-cadangan lain yang telah dikemukakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Polis, serta sentiasa mengumumkan perkembangan terkini dan hasil daripada agenda pembaharuan polis.


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)