Negeri Johor> turut disertakan bersama oleh JKBI kepada KPM. Seramai 1862 orang pelajar dan juga 117 orang guru telah terpilih sebagai sampel dalam proses soal selidik ini.
Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Menteri, Mohd Sallehhuddin Hassan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan. Beliau berkata, KPM sedang menjalankan kajian teliti terhadap PPSMI ini oleh sekumpulan ahli professional. KPM akan cuba mengambil kira pandangan dari semua.
Sdr Nyam Kee Han berharap kenyataan dari KPM ini bukanlah satu retorik seperti yang selalunya berlaku. JKBI akan menyebarkan memorandum dan lapran lengkap kepada masyarakat. Walaupun kerja soal-selidik tersebut hanya dijalankan di sekitar Johor, namun ia sedikit sebanyak dapat menggambarkan keadaan sebenar hasil implimentasi polisi tersebut di negara kita saat ini. Oleh yang demikian, JKBI menuntut supaya polisi tersebut dihentikan secara serta merta. Sdr Nyam turut berkata, JKBI bersedia bertukar pandangan atau bekerjasama dengan pihak yang berkongsi perjuangan yang sama ini, melalui telefon (016-7782707) atau e-mel: suaramjb1@gmail.com
Isi Kandungan Memorandum
Perubahan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik merupakan keputusan yang bakal memberi implikasi mendalam kepada generasi yang akan datang. Namun, kerajaan dilihat seakan-akan tidak pernah mengambil kira pendapat masyarakat secara keseluruhannya sebelum melaksanakan polisi ini pada tahun 2003 dan terus dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa ada kajian mendalam yang dilakukan sebelumnya. Bermula saat itu juga, telah banyak pertubuhan pendidikan, NGOs dan parti politik yang menyuarakan bantahan mereka secara lantang.
Proses pembelajaran ilmu seperti Sains dan Matematik melalui Bahasa Ibunda merupakan kaedah yang paling berkesan dan telah terbukti berjaya di banyak negara maju di dunia ini seperti di Jepun, Jerman dan juga Perancis. Manakala, tahap kefahaman pelajar akan merosot apabila mereka terpaksa belajar di dalam bahasa pengantar yang berlainan dengan bahasa harian (mother tongue) mereka dan ini boleh meninggalkan kesan tekanan terhadap jiwa dan mental para pelajar.
Golongan pelajar sebenarnya merupakan mangsa utama kepada dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pelajar di SJK(C) terpaksa mengikuti kelas Sains dan Matematik dalam dwibahasa ataupun lebih dikenali sebagai ‘penyelesaian 2-4-3’ (suatu hasil penyelesaian politik dalam hal pendidikan). Banyak pelajar SK pula terus kehilangan peluang atau dicabuli hak untuk menggunakan Bahasa Ibunda dalam mempelajari dua subjek penting ini.
Walaupun kerja soal-selidik tersebut hanya dijalankan di sekitar Johor, namun ia sedikit sebanyak dapat menggambarkan keadaan sebenar hasil implimentasi polisi tersebut di negara kita saat ini. Oleh yang demikian, JKBI menuntut supaya polisi tersebut dihentikan secara serta merta.
Negeri Johor>
Salah seorang responden laporan ini, Sdri Cheah Yin Hong berkata,
Kajian ini telah menyediakan suatu saluran alternatif untuk mendedahkan pandangan guru dan pelajar yang terlibat dalam polisi PPSMI yang diperkenalkan sejak tahun 2003. Sampel:
| Sekolah Kebangasaan dan Sekolah Agama (SK) (orang) | Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJK(C)) (orang) |
Guru | Pelajar | Guru | Pelajar |
Kawasan: - Bandar - Luar bandar | 5 7 | 306 188 | 45 60 | 602 766 |
Mengikut Keputusan Soal Selidik:
5.2.2 Pandangan Guru terhadap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
Soalan 1:Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah satu langkah yang bijak.
Tidak setuju: 80 orang(68.4%)
| SK(org) | SJK(C)(org) |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Tidak setuju | 1 | 3 | 35 | 41 |
Tidak pasti | 1 | 3 | 4 | 12 |
Setuju | 3 | 1 | 6 | 7 |
Soalan 3:Penggunaan bahasa ibunda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik/Sains lebih berkesan daripada penggunaan bahasa Inggeris.
Setuju: 106 orang(90.6%)
| SK(org) | SJK(C)(org) |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Tidak setuju | 1 | 1 | 1 | 1 |
Tidak pasti | 1 | 3 | 0 | 1 |
Setuju | 3 | 3 | 43 | 57 |
Tidak memberi jawapan | 0 | 0 | 1 | 1 |
Soalan 8:Pengajaran Matematik/Sains dalam bahasa Inggeris menyusahkan pelajar dalam memahami isi pelajaran.
Setuju: 104orang(88.9%)
| SK(org) | SJK(C)(org) |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Tidak setuju | 4 | 2 | 0 | 1 |
Tidak pasti | 0 | 1 | 0 | 3 |
Setuju | 1 | 4 | 44 | 55 |
Tidak memberi jawapan | 0 | 0 | 1 | 1 |
Soalan 9:Pengajaran Matematik/Sains dalam bahasa Inggeris menyusahkan guru menjalankan aktiviti pembelajaran.
Setuju: 101 orang(86.3%)
| SK(org) | SJK(C)(org) |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Tidak setuju | 5 | 4 | 0 | 1 |
Tidak pasti | 0 | 0 | 0 | 4 |
Setuju | 0 | 3 | 44 | 54 |
Tidak memberi jawapan | 0 | 0 | 1 | 1 |
5.3.2: Respon Pelajar terhadap Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
Soalan 4:Saya lebih memahami soalan peperiksaan Matematik dalam ______.
Bahasa Ibunda: 1539 orang(82.7%)
| SK(%) | SJK(C)(%). |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Bahasa Ibunda | 201 | 108 | 537 | 693 |
Bahasa Inggeris | 89 | 79 | 59 | 65 |
Lain-lain | 10 | 1 | 0 | 0 |
Tidak memberi jawapan | 6 | 0 | 6 | 8 |
Soalan 12:Saya harap soalan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikeluarkan dalam ___________.
Bahasa Ibunda: 1569 orang(84.3%)
| SK(%) | SJK(C)(%) |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Bahasa Ibunda | 218 | 131 | 536 | 685 |
Bahasa Inggeris | 73 | 53 | 58 | 71 |
Lain-lain | 6 | 4 | 0 | 1 |
Tidak memberi jawapan | 9 | 0 | 8 | 9 |
Keputusan ini menunjukkan bahawa walaupun dasar PPSMI telah dilaksanakan selama 5 tahun, pelajar-pelajar masih ingin belajar dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.
5.3.2 Keadaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Soalan 2:Saya boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan guru dalam kelas.
Tidak: 1426 orang(76.6%)
| SK(%) | SJK(C)(%). |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Ya | 94 | 72 | 165 | 98 |
Tidak | 211 | 116 | 436 | 663 |
Tidak memberi jawapan | 1 | 0 | 1 | 5 |
Soalan 7:Guru akan memberi penjelasan dalam bahasa Ibunda apabila pelajar tidak memahami pengajaran.
Ya: 1757 orang(94.4%)
| SK(%) | SJK(C)(%). |
Kawasan bandar | Kawasan luar bandar | Kawasan bandar | Kawasan luar bandar |
Ya | 282 | 175 | 573 | 727 |
Tidak | 22 | 13 | 27 | 33 |
Tidak memberi jawapan | 2 | 0 | 2 | 6 |
Statistik di atas telah menunjukkan bahawa para pelajar merasa berpuas hati dengan penggunaan bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik. Akan tetapi, mereka juga menyatakan bahawa guru akan menggunakan bahasa ibunda mereka untuk membuat penjelasan ketika pelajar-pelajar tidak faham (SK sebanyak 92%, SJK(C) sebanyak 95%). Keadaan ini telah memperjelaskan bahawa meskipun guru mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik, namun masih tidak mampu untuk memastikan pelajar-pelajarnya dapat menguasai konsep Sains dan Matematik dengan baik. Ini dapat dilihat apabila para guru dan pelajar-pelajarnya masih akan menggunakan bahasa ibunda sewaktu menghadapi masalah dalam memahami atau membuat apa-apa penjelasan. Secara kritikal, ini menunjukkan keberkesanan dan pergantungan terhadap bahasa Ibunda di dalam proses pendidikan.
JKBI
Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (JKBI) merupakan gagasan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan parti politik yang aktif di negeri Johor, ditubuhkan pada bulan Julai 2007 untuk berganding bahu memperjuangkan hak pendidikan ibunda rakyat. Anggota-anggota JKBI tersenarai seperti berikut:
- Suara Rakyat Malaysia (Cawangan Johor Bahru)
- Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
- Persahabatan Semparuthi (Johor)
- Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Johor
- Yayasan Amal Malaysia (Johor)
- Persatuan Ulama Malaysia (Johor)
- Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Zon Selatan
Persatuan, Organisasi, NGO Dan Parti Politik Yang Menyokong Serta Menandatangani Memorandum Ini:
Terdiri daripada 53 organisasi, NGO dan Parti Politik yang berlainan kaum dan kebanyakan dari beractiviti di sekitar Johor.
Termasuk:
12. Gabungan Profesional Anak Johor
19. Kelab Usahawan Muslim Johor
22. Malaysian Tamil Education Research & Development Foundation
48. Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor
Yang Ikhlas,
Nyam Kee Han
Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (JKBI)
5 Ogos 2008