Singkirkan khayalan terhadap BN dan Kerajaan,
Untuk selamatkan pendidikan bahasa ibunda!
Berikut merupakan "3 isu kenyataan" tentang perhimpunan selamatkan pendidikan bahsa cina yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa kerja Sahabat SUARAM Johor pada 21hb mac 2012
1. "Perhimpunan Selamatkan Pendidikan Bahasa Cina 325" adalah satu himpunan adil rakyat berbangsa Cina seluruh negara demi menyelamatkan kewujudan sekolah rendah Bahasa Cina. Himpunan adil ini juga melambangkan rakyat semua kaum (terutamanya kaum minoriti termasuk Kaum Cina, India, Iban, Kadazan Dusun.) Himpunan selamatkan Pendidikan Bahasa Cina tidak seharusnya hanya dimiliki oleh mana-mana individu pertubuhan, mana-mana parti politik atau mana-mana kumpulan; Himpunan ini harus dimiliki oleh persatuan Cina, masyarakat Cina mahupun parti dan pertubuhan patriotik dan demokrasi dan rakyat pelbagai kaum pelbagai lapisan seluruh negara.
2. Tuntutan "Perhimpunan Selamatkan Pendidikan Bahasa Cina 325" bukan pertama kali-nya dikemukakan sejak kemerdekaan. Jika dikira dari himpunan protes besar-besaran lebih daripada 3,000 wakil persatuan dan pati-parti politik pada 11 Oktober 1987 di Tokong Thean Hou, KL, sudah lebih daripada 25 tahun masyarakat Bangsa Cina menuntut supaya masalah ini diselesaikan secara rasional oleh pihak kerajaan. Pihak berkuasa masa itu telah membalas tuntutan para pejuang pendidikan Bahasa Cina dan rakyat semua kaum dengan 'Operasi Lalang'. Pengalaman pahit ini tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Adalah tidak masuk akal jika kita masih percaya retorik bahawa guru yang tidak memahami Bahasa Cina dihantar ke SRJKC adalah satu 'pendekatan sementara', 'soal pendidikan tidak harus dipolitikkan'.
3. Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia, kami faham tuntutan rakyat semua bangsa demi hak menerima pendidikan bahasa ibunda, jelas merupakan persoalan hak asasi manusia maka tidak boleh dinafikan ia adalah persoalan politik yang nyata. Jika menganggap masalah "guru yang tidak memahami Bahasa Cina dihantar ke SRJKC untuk mengajar" merupakan masalah 'pernyelewengan pentadbiran' atau 'salah guna kuasa pegawai', dan mengharapkan kerajaan BN untuk membetulkan keadaan ini, ia adalah angan-angan yang timbul kerena terlupanya pengalaman silam yang pahit. Ia sama karut dengan ada pihak yang beranggapan kes-kes seksaan dan kematian dalam tahanan polis sebagai kes 'pernyelewengan pentadbiran' atau 'salah guna kuasa polis' dan mengharapkan kerajaan BN untuk membetulkan keadaan ini.
Rakyat semua kaum, pertubuhan dan individu demokratik seluruh malaysia, dengan ini, kami mengungkapkan pendirian terhadap "Perhimpunan Selamatkan Pendidikan Bahasa Cina 325" dengan slogan : Singkirkan khayalan terhadap BN dan Kerajaan,Untuk selamatkan pendidikan bahasa ibunda!
0 comments:
Post a Comment